Dua puluh dua tahun lalu
aku pun lahir
ke dalam keluarga daif
yang terwaris turun temurun.
Orang tuaku hanya tahu
menoreh getah di kala pagi
menanam padi sebelum senja.
tidak pernah bersekolah mereka.
Orang tuaku sering memikir
apakah aku ini anaknya
akan terus mewarisi
kejerihan hidup sepertinya juga???
Dua belas tahun dahulu
usiaku baru sebelas
dan orang tuaku masih muda belia.
berkata bapaku
di kebun getah atas bukit,kg kemubu.
"jika anakanda hazreen ingin hidup sempurna
dan menjadi manusia berguna
tidak menoreh getah seperti kami
dan seluruh keluarga kita sepanjang masa,
kau anakku mesti tekun belajar
hingga sampai ke universiti".
Budak kampung di usia itu seperti aku
mengerti apa hal universiti???
orang tuaku hanya tahu
universiti itu tempat berkumpul
cerdik pandai dan manusia berguna.
Dua puluh tahun dahulu
aku pun menjejak kaki ke universiti
sebagai pelajar,
kononnya cerdik lagi pandai.
orang tuaku yang masih menoreh getah
lapang hati tiada terkira.
Tertepa di kepala mereka satu harapan.
Kata bapa,mereka selalu mengirim doa
agar ku lekas jadi orang berguna.
Di saat aku hilang maya
kau datang,ayah bondaku.
kau membawa secangkir air penawar tujuh warna
dan sebatang dian yang bernyala.
"anakku,kalau rebah dirimu
terlanggar batu,dan luka jari kakimu
kulit berlumuran darah,
Bangun kau anakku!!!
Bangun kau anakku!!!
Jangan gentar kau pada batu.
Dengan tanganmu
baling musuhmu itu sejauh mahu".
Kau pun basuh arang
yang terconteng di mukaku
kau pulangkan maruahku
yang telah sekian lama menghilang
Di cahaya dian,aku kembali berdiri mengukur diri.
kucium tangan orang tuaku
dengan hujan
yang turun dari kelopak mataku
"Ayah dan bonda
dian yang kau berikan padaku dulu
sentiasa ku simpan rapi
setiap kali malamku menjadi gelap
dan anak-anakmu menangis ketakutan kegelapan,
aku nyalakan dian pemberianmu itu
pasti malam menjadi terang
menerangi alam...
Kata orang tuaku,dengan
matanya tepat ke mukaku :
"BENARLAH ANAKKU,KASIH AYAH SEPANJANG MASA,
KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan