TERUNA BINTANG TIMUR

Isnin, 1 November 2010

KEGAGALAN SEBAGAI UJIAN DAN CABARAN

         Apabila anda diajukan dengan pertanyaan, "adakah anda mahu gagal dalam kehidupan?".Tentulah anda akan menjawab tidak.Malahan jika diajukan kepada sesiapa pun,mereka juga akan berkata,tidak.Ironinya,sesiapa pun tidak mahukan kegagalan.Kegagalan sekiranya berlaku dalam kehidupan,ia amat mengecewakan.Kita selalu mendengar ramai orang yang gagal dalam pelajaran,gagal dalam percintaan dan bermacam-macam kegagalan lagi.Mereka mengambil jalan pintas dan bertindak nekad seperti membunuh diri,mengambil dadah,dan lari daripada rumah.Adakah tindakan ini bijak???Wajarkah mereka melakukan sedemikian???
          
         Tindakan negatif yang diambil bukannya dapat menyelesaikan masalah,sebaliknya menambah masalah.Tindakan diatas adalah tindakan mengecut dan penakut.Tindakan yang dipengaruhi oleh emosi tanpa kewarasan.Tindakan orang bodoh yang tidak boleh menerima hakikat kegagalan.Bukannya kegagalan dan kerjaya adalah permainan hidup???Sekali kita gagal,tidak bererti kita akan gagal selama-lamanya.Pilihlah untuk kehidupan yang lebih bahagia.Janganlah dijadikan kegagalan pertama sebagai punca hilangnya semangat,kendurnya jati diri,dan tiada motivasi untuk berjaya.

          Teruskan usaha secara bersungguh-sungguh,panjatkan doa kepada yang Maha Pencipta,serta bertawakal kepada-Nya agar kita semua memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat..Insya'Allah..

1 ulasan:

  1. salam...
    stiap ujian yg ALLAH bg adalah mengikut kemampuan hambaNya...
    Allah uji kte sbb DIA syg kite...
    tiade kejayaan tanpe kagagalan...
    so dont give up...try the best ^_^
    wassalam...

    BalasPadam